Homesick?
Assalamualaikum readers..
Hehehe harini akak datang balik. Saja nak berkongsi pengalaman dekat sini. Harini kita nak kongsi pengalaman rasa homesick sebab duduk jauh dari keluarga. Chupp! Jauh tu tak bermaksud dari oversea je, boleh je dari negeri sebelah ke, daerah sebelah ke, kampung sebelah ke as long ada jarak yang memisahkan korang. I mean duduk berasingan dengan family. The veryyy first thing bila duduk jauh dengan family is..of course ler homesick. Takkan happy kot. Siapa rasa gembira duduk jauh dengan family? Maybe muka nampak happy, dalam hati siapa tahu. Malam-malam tekup muka dengan bantal nangis seorang-seorang. Hahaha. Baik ngaku siapa yang buat macamtu. Alaa kita pun selalu buat. Dalam hati tu bukan main teruja dapat tempat belajar jauh. Seberang katakan. Padahal dalam Malaysia je pun. Hehehe. Okay malas nak cerita banyak, akak nak share tips sikit bagi yang duduk jauh tu bagi hilang sikit homesick tu okay adik-adik..
Antara tips yang boleh gunapakai bila ang homesick ni :
1) Banyakkan berdoa untuk hilangkan rasa rindu tu dekat mak ayah adik beradik atok nenek kucing bagai..
2) Selalulah call mak ayah dekat kampung lah.. Kita almost everyday call tau. Jadi tabiat dah. Paling lama pun tak call 2 hari je. Hahaha.
3) Sibukkan diri. Haishh bukan bermaksud awak tu pergi sibukkan diri 24 jam pergi berjimba! Maksud akak, joinlah aktiviti panjat gunung ke, khidmat masyarakat ke but doesn't mean awak-awak semua tak boleh berjimba pergi mall tengok wayang bagai. Ikut suka ang ler nak buat apa janji buat benda elok-elok na.
4) Jangan menyendiri selalu. Kadang-kadang je boleh. Hahaha btw akak ni loner tau. Bukan apa, sometimes bila sendiri you all tak payah sibuk-sibuk jaga tepi kain orang, ikut cakap orang and whateverlah. Tapi mengasingkan diri pun tak boleh jugak. Because awak masuk kubur pun perlu orang sekeliling tolong angkat awak tau. Hehe jangan marah, nanti akak jual baru tahu.
Sekian je tips tu. Tak banyak mana pun. Ingat, homesickness bukan alasan untuk awak-awak nak bunuh diri bagai. Tu cuma rasa rindu yang mendalam sangat bila jauh daripada yang tersayang. And bila kita menangis tu adalah tanda rindu yang tak terungkap oleh kata-kata. Chewahh! Bermadah pulak. Hahaha. Macam-macam boleh buat nak atasi bila kita homesick ni. Actually duduk jauh dari keluarga banyak ajar kita benda baru. Bukan kata kita 100% boleh berdikari yet we still perlukan keluarga kita. Sokongan diorang. Bila awak-awak semua duduk jauh baru awak-awak semua faham macam mana rasa orang yang duduk jauh ni. Nak lagi yang belajar. Tersepit antara dua. nak balik, duit tak cukup. Ada duit pun cukup-cukup makan. Kalau cuti sem of course lah balik. Mak ayah tunggu tu. Mana yang sebelum ni tak pernah berkomunikasi dengan keluarga tu, bila duduk jauh terasa makin rapat dengan family. Tapi ada je sesetengahnya yang makin renggang. Hehehe. Bergantung kepada pemikiran masing-masing. Akak saja nak bagitahu je okay. So no homesick-homesick sayangsss, stay strong. Kipidap babeh! Hehehe.
Sekian,
Akak Homesick
p/s Jangan kecam muka gambar di atas. Akak belanja satu gambar. Hehehe. Jangan cakap akak tak payung tau! Babap kang.

Comments
Post a Comment