Hi Johor!

14/12/2016 11:16 AM

Assalamualaikum w.b.t. kamu semua. Jumpa lagi ye kita hihi. Maaflah akak busy 2 3 hari ni. Sekarang pun busy lagi dengan kerja sebab baru buat mesyuarat agung ahad lepas. Ni curi2 luangkan masa nak menulis huhu. Lepasni I akan busy nak interview lagi. Alhamdulillah rezeki I kan dapat interview sambung belajar. Tapi bukan ni yang saya nak cerita. Saya nak cerita masa mula2 dulu datang Johor Darul Takzim sebab dapat sambung belajar kan lepas SPM haritu. Memandangkan saya dapat temuduga nak sambung belajar so topik harini pun berkaitan awal2 kisah sambung belajar dulu huhu.

Bismillahirahmanirrahim.. 

Ni kisah awal bulan 6 tahun 2013 tau. Tahun selepas SPM (Saya SPM batch 2012). Awal tahun 2013, saya dapat panggilan ke PLKN (Hahahaha time ni rasa nak menangis je sebab kena pergi PLKN tu huhu..). That will be in another entry okay guys. Lepas keluar je PLKN, saya pujuk mak ayah kasi kerja and dapatlah kerja dekat one of bakery in Mukah. Lepas dapat tawaran sambung belajar tu, via message (Saya guna hp torchlight biasa je masatu haha). Dapat2 je message cakap dapat dekat UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA. Eh I was like, mana tempat ni kan. Lepastu disebabkan terlampau happy so I pergi uruskan semua ni. A-Z selesai so terbanglah I ke semenanjung for the first time hahahaha. Masa tu mak je yang temankan. Ayah jaga adik2 dekat rumah. Memang habis dekat 10K jugaklah masa tu haha. Yuran je dah berapa kan. Tapi sebab saya anak pertama dari kalangan adik beradik and cousins yang masuk Uni so mak memang bangga lah masa tu (Bangga lah sangat hahaha..). 

Course I dapat masa tu Diploma Teknologi Kejuruteraan Elektrik (DAR). Ye diploma je, tak payah nak terkejut sangat haha. Diploma pun diploma lah jani dapat sambung belajar. Happy tak terkata masa tu. So bermulalah cerita seorang gadis yang first time naik flight (Naik AirAsia je masa tu sebab tu je yang mampu hahaha). Bermulalah cerita seorang gadis berumur 18 tahun berhijrah ke semenanjung for the first time dengan tak tahu apa2 pasal semenanjung. Adventure began! Siapa tak takut dahlah seorang2 dekat asrama lepas mendaftar pada hari mendaftar tu. Sangat2 menakutkanlah. Dengan jumpa kawan baru. Nasib masa tu saya jumpa kawan bilik yang peramah sikit. And saya senang nak borak dengan orang. Sikitlah haha. 

Umur 18 tahun saya dah berhijrah ke semenanjung dengan tujuan nak sambung belajar. Umur 18 tahun saya perlu berdikari dekat tempat orang, kena sesuaikan diri dengan orang. Macam2 saya belajar masa tu. Terlampau banyak benda baru yang saya dapat lepas berhijrah hahaha.

Okay, first time saya sampai Johor (landed at KLIA2 a day before lepastu next morning terus gerak ke Johor and bagi I sangat2 excited sampai tak tidur). Johor sangat cantik, sangat2 cantik. Even sepanjang jalan pun I was like "wow, I'm in love dengan semenanjung..". Jalan sangat cantik, berbanding dengan jalan dekat Sarawak (but still saya sayang Sarawak saya *love love*). Masa tu pakcik hantar tau (Pakcik, abang mak) dengan Uncle Jingga (Cousin mak) yang dah lama duduk Johor. Masa tu mereka yang tolong tunjuk arah bagai hihi kalau tak sesat. First time nampak UTHM, nak menangis tau masa tu. Sumpah cantik sangat2. Dahlah besar. Masa tu cari ATM. Serious jakun gila tengok tempat orang huhu. 

Hahaha even sekarang pun terasan nak menangis bila kenang balik. Sampai sekarang tak percaya yang saya akan pergi ke semenanjung dan belajar dekat semenanjung. Even sekarang pun saya menulis ni di tanah semenanjung hahaha. Penulisan ni sampai di sini je tau setakat ni. Ada masa saya sambung okay? Kang karang panjang2 bukan ada nak baca haha. Baca slow2 nah. Maaf kalau ada typo teruk ke apa hihi. Maafkan saya. Sekian sahaja dari saya. Terima kasih kerana sudi membaca Assalamualaikum w.b.t. *muka senyum*

Terima kasih daun keladi,
     Panjang umur kita jumpalah lagi.

(Hahahaha ewah pandai pulak nak berpantun hihihi)

Comments

Popular posts from this blog

Kenduri kahwin..

Salah saya ke?